Tampilkan postingan dengan label Famili. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Famili. Tampilkan semua postingan

Senin, 11 Februari 2013

JJCM Ke Kuala Terengganu - Part 1






Setelah sekian lama tidak bercuti, kami akhirnya ke Kuala Terengganu pada 9 Februari sempena cuti Perayaan Tahun Baru China. Sejak cuti sekolah tahun lepas, kami tidak ke mana mana kerana saya sakit selepas dimasukkan ke ward. Rancangan untuk bercuti semasa cuti Maulidur Rasul juga tertangguh berikutan pemergian Bonda Mertua ke rahmatullah. Sekali lagi, semasa cuti hari wilayah juga terpaksa ditangguh sebab hubby mempunyai mesyuarat dan Agency Goal Setting.  Haa hanya ini masa yang  ada kerana selepas ini, tiada lagi cuti perayaan atau hari kelepasan. 

Kami bertolak awal pagi dan singgah di Perhentian Rehat Temerloh dalam pukul 9.50 pagi. Risau kot lauk hidangan tengahari belum ada. Hmm rupanya, dah nak habis pun sebab terlalu ramai manusia yang berhenti di situ. Ikan baung yang saya cari cari hanya tinggal 2 ketul sahaja bahagian badan, manakala 4 ketul lagi bahagian kepala. Selain mengambil 2 ketul Ikan Baung, saya juga mengambil 1 ketul Ikan Patin Buah yang juga dimasak Tempoyak yang sangat sedap. Mahal ikan patin buah ni rupanya, seketul berharga RM12 berbanding ikan baung yang hanya RM8 seketul. Hmm teringat ikan patin buah di kolam rumah kami yang sudah besar dan panjang. Semasa dibeli dengan harga RM12, hanya berukuran 1 jari sahaja lebar dan panjangnya. 






Sampai di KT dalam pukul 4.30 petang, setelah berada dalam kesesakan di jalan pintas Jabor. Selepas solat, kami terus ke Pantai Teluk Ketapang untuk mencari makanan laut celup tepung yang digoreng. Ada ikan, udang, sotong yang dicelup tepung dan digoreng rangup. Selain itu, hubby juga order cucur goreng dan keropok lekor. Harganya sangat murah, hanya RM6 sepinggan. Memang kenyang sesangat ditambah lagi dengan air kelapa dan ABC yang dipesan. 








Dalam perjalanan balik, kami singgah membeli jagung manis bakar. Bila habis sebatang jagung, memang dah jadi macam ular sawa yang kekenyangan. Memang sedap jagung ini dengan rasa majerin serta rasa dibakar dengan arang menjadikannya sangat wangi. Dalam perjalanan balik ke hotel, hubby pusing sekitar Pantai Batu Buruk untuk mencari kot kot ada kekosongan bilik di Hotel Primula serta mencari gerai menjual sata. 







Kemudian kami singgah di Warong Norazila di Kuala Ibai yang asalnya untuk melihat lihat sahaja kerana melihatkan periuk nasi dagang yang besar besar itu. Tapi bila melihat nasi minyak dengan beranika lauk dan nasi dagang, saya membeli sepinggan nasi dagang. Tapi itulah, makan dalam keadaan kekenyangan. Kalau makanan kurang sedap, bertambah lah tak sedapnya. Kuah ikan tongkol ni kurang sedap, agak cair, tidak ada rasa rempah bukan seperti yang saya pernah dimakan sebelum ini. Ikannya yang dicubit  terlalu sedikit dan tidak berpadanan dengan nasi. Saya merungut dan mengomel. Ini pendapat peribadi saya lah. Hubby makan mee hoon sup dan anak anak pula memesan kerang bakar serta ABC.











Jumat, 01 Februari 2013

Happy Birthday, Aween 2.2.13








Selamat Harijadi Aween. Sempena hari jadi Aween yang ke 14 pada 2.2.13, kami telah keluar makan makan di Pizza Hut walaupun permintaan asalnya ialah untuk ke Chillis OU. Sebagai hadiah harijadi, saya bersetuju untuk membeli jam swatch dan handphone iphone 4s Apple akan diberi kemudian kelak. Kelahiran putera bongsu yang sangat istimewa kerana saya hamil walaupun menggunakan IUCD. Sepanjang kehamilan, doktor terpaksa memantau dan membuat pemeriksaan rapi bagi memastikan IUCD tidak mengganggu tumbesaran janin. Dalam keadaan biasa, IUCD adalah 99.9% berjaya dalam mengawal kehamilan.

Nama timangan Aween dipilih kerana minat saya pada Pengiran Bini Mazuin pada ketika itu yang juga nama manjanya Awin, jadi jika dipanggil win bererti menang.  Dia lah kemanjaan kami dan diberi susu badan sepenuhnya sehingga berumur 7 bulan. Saat melahirkan dia juga amat mencemaskan kerana SJMC pada masa itu seperti kekurangan kakitangan kerana selepas cuti hari wilayah dan selepas musim perayaan. Nurse yang dipanggil, lambat untuk datang dsb.

Saya mengalami detik mencemaskan apabila nurse yang membuat pemeriksaan terus keluar selepas memeriksa. Sebaik dia keluar, saya mula mengalami tanda ingin melahir dan apabila dipanggil, nurse lambat sampai sehingga suami terpaksa keluar bilik menjerit dan memanggil nurse kerana kepala baby sudah kelihatan. Nurse yang datang ke bilik meminta saya menahan dan menunggu sehingga doktor tiba sedang saya masa itu memang dah tak tertahan lagi. Sebaik sahaja saya mendengar suara doktor memasuki wad, terus saya meneran sekuat hati sehingga habis darah tumpah ke lantai dan terkena baju doktor walau diminta supaya bertahan sehingga semuanya sedia.  Aduish serik sungguh tetapi kami memutuskan untuk tidak membuat komplen kerana berhasrat untuk tidak lagi melahirkan selepas itu ...




Hahaha ada lagi yang tak dapat dilupa, selepas bersalin mereka meninggalkan kami tanpa dibersihkan terlebih dahulu.  Baby diletakkan di bawah cahaya lampu.  Suami telah membawa baby ke tepi katil untuk saya lihat dan tidak membawa nya semula ke bawah cahaya lampu.  Bila nurse masuk, dia amat terkejut melihat baby kebiruan kerana kesejukan.  Tapi sebab salah sendiri, diam sahaja la...




Semasa kecil Aween memang nampak seperti anak omputih dengan kulit yang putih melepak dan hidung serta mata yang memang ala ala mat saleh sikit. Ramai yang menegur dan bertanya jika saya berkahwin dengan mat saleh.









Happy birthday, sayang. Semoga menjadi anak soleh yang berjaya di dunia dan juga di akhirat.