Selasa, 22 Januari 2013

Banana Crumb Muffins






Saya memang beruntung kerana mempunyai sahabat sahabat yang mendekatkan diri saya kepada tuntutan agama. Mereka lah yang menggalakkan saya untuk membaca buku buku agama, menghadiri majlis ilmu dan saling berkongsi ilmu. Tidak dinafikan saya biasanya akan terganggu bila melihat kematian atau orang sakit. Saya sendiri walaupun telah bertahun tahun masih teringatkan peristiwa dan saat arwah ayah menghembuskan nafas terakhir dan segalanya masih segar di ingatan sehingga ke saat ini. Itu sebab kita digalakkan menziarah jika ada kematian atau melawat orang orang sakit. Keadaan mereka sebenarnya memberi kesedaran kepada kita. Betapa orang sihat tiba tiba diberi kesakitan dan ada yang terus diambil nyawa dari badan. Lebih menginsafkan apabila mendengar kawan kawan bercerita pengalaman mereka berada semasa saudara terdekat saat menghadapi sarakatulmaut. 

Ada orang yang sensitif bila bercakap bab bab seperti ini walaupun kita tidak seharusnya begitu. Di saat akhir hayat, cuba elakkan melakukan dosa yang terang dan nyata. Ini adalah peringatan untuk diri sendiri juga kerana kematian itu adalah sesuatu yang pasti. Kita perlu membuat persediaan untuk 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Jika kita tidak mengingati Allah di kala sihat, apakah kita akan lebih mengingati Allah di kala sakit. Apalagi di kala sakaratulmaut? Orang sakit tidak akan mengingati kematian sebaliknya mereka berharap akan kembali pulih.  Membaca tajuk ini dalam majalah SOLUSI terbaru sangat menginsafkan. Jadi  kita harus membuat persediaan supaya amalan kita akan membantu di saat yang sangat kritikal itu. Kita tinggalkan dulu berkenaan perkara itu dan kalau mahu membaca lebih lanjut, dapatkan majalah SOLUSI terkini yang sedang berada di pasaran. 

Balik dari pejabat, saya melihat ada seperti cupcake di atas meja dan Nana memberitahu yang dia membuat muffin untuk di makan semasa berbuka puasa. Hmm memang anak anak sekarang menyukai makanan dan kuih muih yang lain dari kebiasaan. Saya berkata begitu kerana apabila saya menyediakan cupcake biasa seperti Vanilla Butter atau Red Velvet, mereka tak berapa menggemarinya. Untuk dimasukkan ke dalam blog, saya terpaksa menyalin resepi dari buku resepi Nana. Mungkin Nana biasa membuatnya semasa di Egypt melihatkan catatan di resepi ini. Jom tengok resepi di bawah yang telah saya terjemahkan....



Banana Crumb Muffin

Bahan bahan:
1 1/2 cawan all purpose flour
1 sk baking soda
1 sk baking powder
1/2 sk garam
3 biji pisang - lenyek
1/2 cawan gula
1 biji telur - pukul ringan
1/3 cawan butter - cair (atau guna canola oil)
1 sk esen vanila
3/4 sk serbuk kayu manis

Bahan crumb:
2 sb all purpose flour
1/4 cawan gula perang
1/4 sk serbuk kayu manis
1 sb butter  

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 190C. Satukan tepung, baking soda, baking powder dan garam. Ketepikan.

Di dalam mangkuk lain, satukan pisang, serbuk kayu manis, telur, butter cair dan vanilla. Kacau dan gaul sebati. 

Masukkan bahan tepung ke dalam adunan pisang dan kacau sebati. Masukkan ke dalam cawan muffin. 

Di dalam mangkuk kecil, satukan bahan bahan  crumb dan ditaburkan di atas muffin. Bakar selama 18-20 minit atau sehingga masak.






Tidak ada komentar:

Posting Komentar