Selain Rainbow cake yang moist dan cantik berwarna warni, Red Velvet juga cantik dibakar di dalam jar dan dihias cantik sebagai pemberian kepada tetamu. Saya memang penggemar kek Red Velvet yang mempunyai perisa coklat dan sangat lembab sejak dahulu lagi. Maklumbalas yang diterima dari tetamu kami yang menerima cake in jar semasa majlis pertunangan Nana yang rata rata gembira dengan keunikannya menyebabkan saya hari ini menyediakan kek Red Velvet pula di dalam jar.
Ada pelbagai jenis pembuatan kek in jars, ada yang dibakar di dalam bekas muffin dan kemudian dipotong dan dimasukkan ke dalam jar dan ada pula yang terus dibakar di dalam jar. Saya memilih cara kedua di mana ianya dibakar di dalam jar. Selain nampak lebih kemas, ianya juga lebih "real" berbanding dengan cara pertama. Lebih mengujakan walaupun ianya lebih remeh dan rumit. Saya pasti orang yang menerimanya juga lebih teruja dengan cara kedua.

Jika mempunyai majlis di rumah seperti majlis pertunangan, majlis nikah atau harijadi, apa kata diberikan Red Velvet Cake In A Jar sebagai buah tangan. Pemberian yang unik ini, lebih lebih lagi jika pertama kali mereka menerima gift seumpama ini, pasti akan dikenang sampai bila bila.
Sekiranya berminat untuk membuat tempahan, bolehlah email di azieshoppe@hotmail.com.
Sekiranya berminat untuk membuat tempahan, bolehlah email di azieshoppe@hotmail.com.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar